Sabtu, 28 Februari 2009

janji itu benar..

kematian..dan takdir-takdir yang selalu berada dekat dalam kehidupanku..membuktikan segala janji dia benar..sebagai seorang hamba..perlu untuk kita menggeruni pintu-pintu kematian..pasti..kerana kematian seseorang insan,adalah kemestian..

kurenungi diri yang selalu alpa..kuingati diri yang seringkali melalaikan..ku insafi setiap liku-liku kelam dalam hati-hati mereka...mungkin kegelapan seperti mereka tiada bersamaku..tetapi..seorang aku perlu tahu..kegelapan dan kesuraman mereka..bukanlah mustahil buat aku..atau kamu...

setiap saat untuk aku menahan rasa-rasa seperti itu..memelihara hati dari terus di bebani rasa-rasa simpati dan kasih yang bukanlah milikku..biarlah rasa untuk berkasih itu nanti cuma wujud buat lelakiku..biarlah aku membutakan cinta dari hati ini..untuk apa dikesali andai aku terpaksa sendiri..aku meletakkan kontra diriku dalam bayangan kerugian bagi insan..ketahuilah kamu,cuma buat insan tapi..tidak buat tuhan...

Tiada ulasan: