Selasa, 18 November 2008

aku perlu cinta?



cinta satu fitrah..cinta itu suci dan indah,cuma kerana insan yang menodai erti dan makna cinta,cinta semakin keliru..siapakah yang punya cinta..dimanakah tempat cinta?dan benarkah kita memilikinya..cinta untuk siapa?cinta perlukan pengorbanan?pengorbanan apakah yang harus ada dalam cinta..mengapa cinta ternoda?mengapa kita merosakkan nikmat cinta?siapakah yang sepatutnya bersalah?'kita' atau' cinta'.."aku cinta kamu"..dimanakah ertinya lagi kalimah ini.."aku perlu kamu",apakah cinta sekadar keperluan?cinta itu tulus,cinta itu dari hati..dan hati terus bertanya,dimanakah cintaku...?ye..kita pasti memerlukan cinta..tetapi cinta bukan sekadar keperluan..ungkapan aku cinta kamu juga punya erti buat mereka yang mengucapkannya dari hati..berkata-kata bukan cuma atas dasar cinta dan nafsu..tapi,dengan rasa tanggungjawab juga perlunya cinta untuk mencari redhanya dia..pencipta kehidupan ini,pencipta kita dan juga pencipta rasa cinta..benar2kah kita menikmati cinta?cintakan bunga pasti layu..tapi masih indah,kerana bunga yang mekar itu cantik dan harum..cintakan manusia..pasti mati,tetapi..mencintai manusia juga adalah jambatan untuk kita kecapi redha ilahi..mencintai bukan kerana rasa dan perlu..dan,cinta paling agung..adalah cinta ALLAH dan rasulNya..cinta yang kekal..tiada matinya..erti cinta itu luas..pelajarinya dan nikmatilah..rasa bahagia..HADIAH DARI CINTA...

Tiada ulasan: